Mayat lelaki ditemui disumbat dalam beg dengan kesan kelar, tangan diikat

Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui di dalam sebuah beg di Flat Ampang Jajar pada Khamis.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui di dalam sebuah beg di Flat Ampang Jajar pada Khamis.
A
A
A

BUTTERWORTH – Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan yang diikat ditemui disumbat di dalam sebuah beg di belakang Flat Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.43 petang itu, mayat lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemui oleh seorang pekerja pembersihan yang sedang menjalankan tugas rutin di kawasan flat berkenaan.

Difahamkan, kepala mangsa turut diserkup menggunakan plastik.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan awal polis dan pasukan forensik mendapati mangsa dipercayai baru dibunuh berdasarkan keadaan mayat serta kesan kecederaan yang ditemui.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibungkus dan dicampak di kawasan belakang flat tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di leher ditemui dalam beg di belakang Flat Ampang Jajar
  • Ditemui oleh pekerja pembersihan kawasan flat tersebut
  • Kepala mangsa diserkup dengan plastik
  • Keadaan mayat menunjukkan mangsa mungkin baru dibunuh
  • Polis dan pasukan forensik sedang menyiasat kes ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!