160 guni kerang, 11 guni siput sedut RM76,320 dirampas

PPM menahan sebuah bot membawa kerang dan siput sedut dari Indonesia tanpa memiliki dokumen pengimportan pada Rabu. Foto PPM
PPM menahan sebuah bot membawa kerang dan siput sedut dari Indonesia tanpa memiliki dokumen pengimportan pada Rabu. Foto PPM
A
A
A

KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan penyeludupan kerang dan siput sedut bernilai lebih RM70,000 selepas menahan sebuah bot dari Indonesia pada jarak 1.0 batu nautika dari Pelabuhan Selatan, di sini, Rabu lalu.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot barter trade itu dikesan semasa pihaknya menjalankan tugas dalam Op Taring Gelora kira-kira jam 7.15 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia berada dalam bot berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut menemui 160 guni kerang seberat kira-kira 8,000 kilogram (kg) serta 11 guni siput sedut dengan anggaran berat 1,540 kg yang keseluruhannya bernilai RM76,320.

"Siasatan awal mendapati mereka gagal mempamerkan dokumen dan permit import yang sah untuk membawa masuk hasil laut tersebut ke Malaysia," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, bot terbabit telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes telah dirujuk kepada pegawai penyiasat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasukan Polis Marin mematahkan cubaan penyeludupan kerang dan siput sedut dari Indonesia bernilai lebih RM70,000
  • Penahanan sebuah bot dilakukan di jarak 1.0 batu nautika dari Pelabuhan Selatan, Klang
  • Bot itu dikesan semasa operasi Op Taring Gelora pada jam 7.15 pagi
  • Ditemui seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia tanpa dokumen dan permit import yang sah
  • Kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!