Polis nafi empat pesakit Covid-19 lari dari hospital

Mesej palsu yang disebarkan di aplikasi WhatsApp.
Mesej palsu yang disebarkan di aplikasi WhatsApp.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis menafikan mengenai penyebaran mesej yang mendakwa terdapat empat lelaki yang dijangkiti virus koronavirus (Covid-19) melarikan diri dari Hospital Kepala Batas (HKB) di sini dan menegaskan maklumat itu adalah palsu.

Dalam mesej yang tular konon seperti fakta kes dan maklumat dalaman polis itu menyatakan, empat pesakit berkenaan telah melarikan diri dari HKB pada jam 5.10 petang dan tidak dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tindakan penyebaran mesej palsu itu sengaja mahu mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam dan cubaan mengganggu-gugat keharmonian.

Noorzainy
Noorzainy

Menurutnya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu ditangani dan orang ramai perlu berhenti daripada terus menyebarkan maklumat tidak benar.

"Kita mendapati maklumat palsu berkenaan disebar melalui aplikasi WhatsApp dan menggunakan format pelaporan polis dengan menyenaraikan empat suspek yang melarikan diri.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati maklumat tersebut adalah palsu dan tiada sebarang laporan atau maklumat yang diterima berkaitan perkara tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, masyarakat dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan sebarang berita palsu dan mendapatkan maklumat daripada sumber dipercayai.

Artikel Berkaitan: