Akmal Saleh bidas individu ada rekod jenayah perlekeh sumbangan sukarelawan GSF

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO membidas individu yang mempunyai rekod jenayah memperlekehkan sumbangan wira-wira Global Sumud Nusantara (GSF) dalam usaha membantu rakyat Gaza.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sedangkan sukarelawan yang terlibat itu sanggup mengorbankan semua perkara.

"Orang nak bantu saudara kita di Gaza sampai sanggup korban masa, wang ringgit dan keselamatan diri dianggap berlakon, gila publisiti.

"Tapi orang yang cakap itu ada rekod jenayah sebab 'paw' duit orang namun ada yang anggap dia pejuang sebenar.

"Apakah dunia ini sudah terbalik," ujarnya menerusi laman Facebook.

Pada Khamis lalu, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Bagaimanapun, kesemua mereka kini sudah selamat tiba di tanah air.

Antara rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO membidaskan individu dengan rekod jenayah yang memperlekehkan sumbangan sukarelawan ke Gaza
  • Sukarelawan sanggup mengorbankan masa, wang dan keselamatan untuk bantu Gaza
  • Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan nilai pengorbanan sukarelawan berbanding pengkritik dengan rekod jenayah
  • 23 aktivis Malaysia, termasuk Heliza Helmi, ditahan tentera Zionis tapi sudah selamat tiba di tanah air
  • Sumbangan ke Gaza disifatkan sebagai perbuatan berlakon dan gila publisiti oleh pengkritik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!