Perjuangan GSF simbol kesatuan hati rakyat Malaysia

Sani Araby pada sidang media menyambut kepulangan aktivis GSF di KLIA pada Selasa. Foto Sinar Harian -ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sani Araby pada sidang media menyambut kepulangan aktivis GSF di KLIA pada Selasa. Foto Sinar Harian -ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SEPANG – “Hari ini bukan sekadar tentang angka, tetapi tentang kesatuan hati rakyat Malaysia dalam perjuangan membebaskan Gaza.”

Demikian tegas Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

Menurutnya, Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila seramai 23 aktivis negara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berjaya menamatkan perjalanan getir mereka dan pulang ke tanah air dengan selamat.

“Alhamdulillah, hari ini Malaysia mencatat satu sejarah besar. Daripada 34 sukarelawan asal, seramai 27 telah berada di SNCC sebelum 23 orang akhirnya menaiki kapal Observer dan terus menuju ke Gaza,” katanya ketika berucap menyambut kepulangan aktivis GSF di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Seramai 23 aktivis GSF Malaysia selamat pulang ke tanah air pada Selasa. Foto Sinar Harian -ASRIL ASWANDI SHUKOR
Seramai 23 aktivis GSF Malaysia selamat pulang ke tanah air pada Selasa. Foto Sinar Harian -ASRIL ASWANDI SHUKOR

Namun, jelasnya, perjuangan itu bukan semata-mata soal bilangan atau pencapaian peribadi, sebaliknya simbol kekuatan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia dalam membela keadilan untuk rakyat Palestin.

“Kita buktikan bahawa usaha membebaskan Gaza ini bukan kerja satu pihak, tetapi hasil penyatuan semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), sahabat media serta para menteri,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia berbeza kerana perjuangan kemanusiaan yang dijalankan berlandaskan kesatuan hati dan keikhlasan, bukan hanya suara kosong di pentas dunia.

Artikel Berkaitan:

“Hari ini kita membawa pulang mesej yang sangat kuat, bahawa kita mempunyai resipi tersendiri, iaitu kesatuan hati. Inilah kekuatan sebenar Malaysia yang mencetuskan gelombang besar bukan sahaja dalam negara, tetapi juga di peringkat dunia,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar semangat solidariti itu terus dipupuk supaya perjuangan membebaskan bumi Palestin tidak terhenti dengan berakhirnya misi GSF kali ini.

“Dekatkan hati, kuatkan semangat. Kita tidak akan berhenti di sini, insya-ALLAH,” katanya.

Ringkasan AI

  • Hari ini bukan sekadar tentang angka, tetapi tentang kesatuan hati rakyat Malaysia dalam perjuangan membebaskan Gaza
  • Malaysia mencipta sejarah dengan 23 aktivis negara berjaya pulang selamat dari misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza
  • Perjuangan ini simbol kekuatan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia dalam membela keadilan untuk rakyat Palestin
  • Usaha membebaskan Gaza adalah hasil penyatuan semua pihak termasuk PDRM, media, dan para menteri
  • Malaysia membawa pulang mesej kuat kesatuan hati sebagai kekuatan sebenar yang mencetuskan gelombang besar di peringkat dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!