Dua kapal bawa sukarelawan Malaysia berlayar laju menuju Ashdod

Seramai sembilan rakyat Malaysia terdiri daripada doktor perubatan, wartawan dan pensyarah ditahan selepas dua kapal dinaiki mereka dipintas IDF. Foto: FB MyCARE
Seramai sembilan rakyat Malaysia terdiri daripada doktor perubatan, wartawan dan pensyarah ditahan selepas dua kapal dinaiki mereka dipintas IDF. Foto: FB MyCARE
A
A
A

SERDANG - Dua kapal yang membawa sukarelawan  Malaysia dalam misi di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), kini dilaporkan memecut laju menuju ke Pelabuhan Ashdod, Israel. 

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Conscience dan Umm Saad (Maiden) disyaki ditunda memasuki perairan Gaza. 

"Teruskan doa dan memberikan perhatian kepada delegasi yang diculik di atas perairan antarabangsa," katanya. 

Paparan pada sistem penjejak (tracker) freedomflotilla.org menunjukkan kapal Conscience bergerak pada kelajuan 11.10 knot manakala Umm Saad sekitar 9.45 knot.

Pada masa sama, pihaknya menyeru masyarakat untuk menunaikan solat hajat dan bacaan doa buat delegasi Malaysia di dalam kapal tersebut. 

"Komunikasi telah terputus dan nasib mereka tidak diketahui," katanya. 

Sinar Harian kesemua 145 sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG) termasuk sembilan rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel dijangka tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel tengah malam Rabu waktu tempatan iaitu awal pagi Khamis waktu Malaysia.

Pada jam 10.50 pagi, kesemua sembilan kapal bantuan kemanusiaan yang terlibat telah dipintas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang menuju ke perairan zon merah.

Lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Dua kapal Malaysia dalam misi ke Gaza dilaporkan menuju ke Pelabuhan Ashdod, Israel
  • Kapal Conscience dan Umm Saad disyaki ditunda masuk perairan Gaza
  • Komunikasi dengan delegasi Malaysia terputus, nasib mereka tidak diketahui
  • 145 delegasi termasuk sembilan rakyat Malaysia ditahan rejim Israel
  • Kesemua sembilan kapal bantuan kemanusiaan telah dipintas Pasukan Pertahanan Israel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!