9 delegasi sukarelawan misi bantuan kemanusiaan FFC x TMTG

Dr Fauziah, Dr Hafiz, Dr Ili Syakira, Dr Maziah, Syafik Shukri.
Dari bawah kiri: Prof Dr Mohd Afandi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Norsham dan Dr Noorhasyimah.
Dr Fauziah, Dr Hafiz, Dr Ili Syakira, Dr Maziah, Syafik Shukri. Dari bawah kiri: Prof Dr Mohd Afandi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Norsham dan Dr Noorhasyimah.
A
A
A

GAZA - Pada jam 10.50 pagi waktu tempatan, kesemua sembilan kapal bantuan kemanusiaan yang terlibat misi di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), kini dilaporkan telah dipintas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang menuju ke perairan zon merah.

Perkara itu disahkan oleh Pusat Kawalan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memaklumkan kapal freedom flotilla bagi misi berkenaan telah dipintas pada jam 10.50 pagi waktu Malaysia.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, hubungan komunikasi dengan kesemua sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza terputus pada jam 10.03 pagi waktu Malaysia.

Jelasnya, kesemua kapal telah dirampas secara haram oleh rejim Zionis Israel, termasuk kapal yang membawa sembilan delegasi Malaysia.

Menurutnya, lapan rakyat Malaysia berada di atas kapal Conscience manakala seorang lagi di atas kapal UMM Saad.

Tambah Dr Kamal, MyCare mengjangkakan tiada sebarang akses perhubungan dengan semua deligasi Malaysia misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam tempoh sehingga 24 jam susulan semua kapal terlibat telah dipintas tentera Israel.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar menjelaskan, lebih 15 jam perlu diambil untuk membawa semua bot dari jarak pintasan ke darat.

"Pintasan berlaku dalam jam 5 waktu sana (perairan Egypt)...selalunya bila dipintas, kita serahkam bot tu sepenuhnya pada tentera Israel. Biar dia yang bawa, kita tak akan support dia untuk bawa.

"Jarak dari 100 batu nautika ke darat tu boleh ambil masa selama 24 jam atau lebih 15 jam daripada jarak pintasan ke Pelabuhan Ashdod

Artikel Berkaitan:

"Jadi sehingga itu, kita besar kemungkinan tak dapat berhubung dengan sesiapa. Tapi tindakan sepatutnya yang kita perlu buat di daratan kita dah buat," katanya dalam Sidang Media perkembangan terkini berhubung misi tersebut, di sini pada Rabu.

INFOGRAFIK:

Delegasi Malaysia yang menyertai misi ini adalah:

Kapal Conscience:

1) Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Delegasi Malaysia)

2) Dr Fauziah Hassan (Doktor perubatan)

3) Dr Hafiz Sulaiman (Doktor perubatan)

4) Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi (Doktor perubatan)

5) Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan Astro Awani)

6) Prof Dr Mohd Afandi Salleh (Pensyarah)

7) Dr Noorhasyimah Ismail (Pensyarah)

8) Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)

Kapal layar Umm Saad

1) Dr Maziah Mohammad (Doktor perubatan)

SENARAI 9 KAPAL FLOTILLA YANG MENYERTAI MISI BANTUAN KEMANUSIAAN FFC x TMTG:

1) Abd Elkarim Eid

(Thaï)

2. Alaa Al-Najjar

(King Julian)

3. Anas Al Sharif

(Fouka)

4. Conscience

5. Gaza Sunbird

(Neruda)

6. Leïla Khaled

(Tadzio)

7. Milad (Algol)

8. Soul of My Soul

9. Umm Saad

Ringkasan AI

  • Kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dipintas oleh Pasukan Pertahanan Israel ketika menuju zon merah
  • Hubungan komunikasi dengan sembilan kapal terputus, termasuk kapal dengan sembilan delegasi Malaysia
  • Lapan rakyat Malaysia berada di atas kapal Conscience dan seorang lagi di kapal UMM Saad
  • Tiada akses perhubungan dengan delegasi Malaysia dijangkakan sehingga 24 jam setelah kapal dipintas
  • Pintasan kapal memerlukan lebih 15 jam perjalanan dari lokasi pintasan ke darat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!