X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat pencari emas berjaya dikeluarkan

Bacaan doa dan tahlil ringkas sebaik sahaja operasi tamat dan kedua-dua mangsa ditemui.
A
A

SUNGAI PETANI - Operasi mencari dan menyelamat dua mangsa tertimbus dalam insiden tanah runtuh dekat kaki Gunung Jerai dihentikan sepenuhnya pada jam 1.15 petang selepas kedua-dua mayat ditemui.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat pertama seorang lelaki berusia 52 tahun ditemui pada jam 10.49 pagi dan dibawa keluar pada 11.25 pagi manakala seorang lagi berusia 68 tahun ditemui pada 12.53 tengah hari dan berjaya dikeluarkan pada 1.01 petang tadi.

Menurutnya, mayat ditemui pada kedalaman hampir 15 meter, berjarak dua meter antara satu sama lain.

Mayat kedua ditemui pada jam 12.53 tengah hari dan berjaya dikeluarkan pada 1.01 petang dari kawasan tanah runtuh.
Mayat kedua ditemui pada jam 12.53 tengah hari dan berjaya dikeluarkan pada 1.01 petang dari kawasan tanah runtuh.

"Mangsa pertama berada di kawasan agak tinggi manakala mangsa kedua ditemui lebih dalam daripada mangsa pertama.

"Jadi memang kita mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa kedua namun alhamdulillah kedua-dua berjaya dikeluarkan," katanya.

Mayat diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua lelaki dipercayai tertimbus ketika menjalankan kerja-kerja penggalian emas yang dipercayai berada di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Dua individu dikhuatiri tertimbus

Mangsa tertimbus dipercayai pencari emas


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus