Wanita OKU dirogol lelaki baru dikenali lima bulan

SUNGAI PETANI - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran disyaki dirogol lelaki yang baru dikenalinya lima bulan lalu, dalam kejadian Isnin lepas.
Menurut sumber, lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai mengambil mangsa yang sebaya dengannya di rumah di Pendang sebelum membawa ke rumah bapanya di Taman Sejati di sini pada malam kejadian.
Difahamkan, rumah terbabit jarang diduduki membolehkan suspek mengambil kesempatan membawa mangsa ke situ.
"Mereka dikatakan saling mengenali melalui aplikasi sosial sejak Mei lalu dan sentiasa berhubung melalui telefon.
"Bagaimanapun, pada malam kejadian merupakan kali pertama mereka keluar bersama sebelum suspek membawa balik dan merogol mangsa sekitar jam 2 pagi," katanya.
Selepas kejadian, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan menceritakan apa yang berlaku pada keluarga sebelum mereka membuat laporan polis.
Mangsa kemudian dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian.
Menurutnya, suspek yang merupakan kelindan lori telah dikenal pasti dan ditahan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang wanita OKU masalah pembelajaran disyaki dirogol lelaki yang baru dikenalinya lima bulan lalu
- Lelaki 18 tahun itu mengambil mangsa di Pendang sebelum membawa ke rumah bapanya di Taman Sejati
- Mereka mengenali melalui aplikasi sosial dan ini adalah kali pertama mereka keluar bersama
- Selepas kejadian, mangsa cerita pada keluarga dan mereka buat laporan polis
- Suspek telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

