Polis siasat dakwaan universiti tempatan upah syarikat bunuh anjing

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SERDANG – Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa sebuah universiti tempatan mengupah syarikat bagi membunuh seekor anjing di kawasan institusi pengajian tinggi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad berkata, laporan itu dibuat pada jam 11.23 pagi Isnin lalu.

"Laporan dibuat selepas pengadu berusia 51 tahun itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak universiti terbabit.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772],” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

"Polis juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil membantu dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-80742222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita lapor polis dakwa universiti upah syarikat bunuh anjing
  • Polis terima laporan pada jam 11.23 pagi Isnin lalu
  • Pengadu berumur 51 tahun tidak puas hati dengan tindakan universiti
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015
  • Kes masih disiasat, polis minta tiada spekulasi yang jejas proses siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!