Polis siasat lelaki didakwa diculik di Thailand

Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anaknya diculik di Thailand. Gambar hiasan
Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anaknya diculik di Thailand. Gambar hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berhubung anak lelakinya yang pergi ke Thailand untuk bekerja di sana sebelum diculik bulan lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya menerima laporan itu di Sungai Dua di sini semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan lelaki tersebut.

"Dia memaklumkan anaknya telah pergi ke negara jiran atas kerelaan sendiri dan bukan dipaksa oleh sesiapa sebelum mendapat ugutan yang anak lelakinya diculik.

"Mangsa yang bimbang keselamatan anaknya bertindak membuat laporan polis semalam dan kami sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat lengkap perjalanan ke luar negara lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Lai, 25, yang sebelum ini bekerja sebagai kontraktor ubah suai, dipercayai diculik sindiket penipuan kerja di Thailand dan dikawal sepenuhnya sejak pertengahan bulan lepas.

Ibunya yang ingin dikenali sebagai Rose, 52, dilaporkan berkata, dia mula berkomunikasi dengan sindiket itu pada 16 September lepas setelah menerima mesej meminta wang tebusan bagi membebaskan anaknya dengan ugutan tangan anaknya akan dipotong jika enggan membayar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis di George Town menerima laporan dari wanita mengenai anaknya yang diculik di Thailand Datuk Azizee Ismail, Ketua Polis Pulau Pinang, mengesahkan penerimaan laporan dan siasatan sedang dijalankan Anak lelaki itu pergi ke Thailand atas kerelaannya sendiri sebelum mendapat ugutan diculik Ibunya, Rose, membuat laporan polis setelah diugut oleh sindiket yang meminta wang tebusan Lai, 25, dipercayai diculik oleh sindiket penipuan kerja sejak pertengahan bulan lepas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!