13 didakwa jadi ahli kumpulan 'Geng Captain Praba'

Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’, yang didakwa terlibat di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat, antara Disember 2023 hingga 11 September 2025. Foto Bernama
Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’, yang didakwa terlibat di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat, antara Disember 2023 hingga 11 September 2025. Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’.

Mereka ialah M Lavindran, 27, M Meganathan, 37, M Tinesh, 20, K Utayaragu, 29, M Thinesh, 31, S Jeevan, 19, J Sangaranarayanan, 28, P Joshua, 35, M Devindran, 25, M Nokarju, 29, S Tivagaran, 22, S Logeswaran, 26, dan D Vijayakumar, 36.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa manakala 10 tertuduh iaitu Lavindran, Tinesh, Utayaragu, Thinesh, Jeevan, Joshua, Devindran, Nokarju, Tivagaran dan Logeswaran diwakili peguam P Kunyalam.

Meganathan, Sangaranarayanan dan Vijaya Kumar pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Captain Praba'
  • Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi
  • Dituduh melakukan kesalahan di ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Jarom, Kuala Langat dari Disember 2023 hingga 11 Sept 2025
  • Menghadapi hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan
  • Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!