Kepulangan sukarelawan GSF bukti kejayaan besar diplomasi - Mohamad

Mohamad
Mohamad
A
A
A

SEPANG – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kepulangan 27 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai kejayaan besar diplomasi Malaysia serta bukti kukuh solidariti antarabangsa.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha yang membawa kepada kepulangan para sukarelawan ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Kita amat bersyukur kepada ALLAH SWT atas keselamatan mereka. Sekalung penghargaan kepada Perdana Menteri atas usaha diplomatik beliau yang tidak mengenal penat lelah di peringkat tertinggi bersama pimpinan negara sahabat seperti Turkiye, Mesir dan Jordan,” katanya pada Selasa.

Mohamad (dua dari kanan) menyambut ketibaan sukarelawan GSF di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Mohamad (dua dari kanan) menyambut ketibaan sukarelawan GSF di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Menurutnya, kerajaan Turkiye turut memainkan peranan penting dalam membantu pembebasan sukarelawan Malaysia yang ditahan secara tidak sah selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa pada 2 Oktober lalu.

“Alhamdulillah, rakyat kita telah selamat pulang. Terima kasih juga kepada Duta Turkiye dan semua pihak yang terlibat membantu menjayakan misi ini,” ujarnya.

Mohamad menegaskan, para sukarelawan terbabit tidak pernah memasuki wilayah Israel seperti yang didakwa.

“Mereka tidak masuk ke Israel secara haram. Mereka dalam perjalanan ke Gaza apabila dikepung oleh tentera Zionis dan dibawa ke Israel,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan kepulangan 27 sukarelawan Global Sumud Flotilla sebagai kejayaan besar diplomasi Malaysia
  • Penghargaan diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha diplomatiknya bersama negara sahabat dalam pembebasan sukarelawan
  • Turkiye memainkan peranan penting dalam membantu pembebasan sukarelawan Malaysia
  • Sukarelawan itu telah selamat pulang dan tidak pernah memasuki wilayah Israel secara haram
  • Mohamad Hasan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembebasan sukarelawan ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!