'Layanan dalam tahanan rejim tidak seteruk apa yang dilalui penduduk Gaza'

Norazman bersama kedua ibu bapa dan isterinya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 pada Selasa.
Norazman bersama kedua ibu bapa dan isterinya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 pada Selasa.
A
A
A

SEPANG – Aktivis Sumud Nusantara, Norazman Ishak menggambarkan layanan buruk ketika berada dalam tahanan rejim Israel adalah tidak seteruk apa yang dihadapi penduduk Gaza setiap hari.

Beliau yang menaiki kapal Estrella berkata, pengalaman itu memberinya semangat untuk terus bangkit membela Palestin.

“Walaupun kami dinafikan beberapa hak kemanusiaan, tetapi sebenarnya ia tidak seberat apa yang dilalui rakyat Gaza.

“Itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit,” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau bersyukur diberi kesempatan untuk menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bersama 23 aktivis tempatan.

“Kami adalah wakil daripada Malaysia. Misi ini bukan misi kami, tetapi misi rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, personaliti media sosial, Muhammad Hareez Adzrami, berkata, penahanan secara tidak sah oleh rejim Zionis tidak akan mematahkan semangatnya.

“Jika diizinkan, saya akan pergi lagi,” katanya yang juga dikenali sebagai Haroqs.

Pemuda berusia 25 tahun itu turut berharap segala usaha misi kemanusiaan GSF akan terus membuka mata generasi muda untuk membantu Palestin.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Aktivis Sumud Nusantara, Norazman Ishak menyatakan pengalaman buruk dalam tahanan Israel tidak seburuk penduduk Gaza
  • Pengalaman tersebut memberinya motivasi untuk terus membela Palestin
  • Norazman bersyukur dapat menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bersama 23 aktivis Malaysia
  • Misi tersebut dianggap sebagai misi rakyat Malaysia, bukan hanya misi peribadi
  • Muhammad Hareez Adzrami menyatakan penahanan oleh Zionis tidak akan mematahkan semangatnya dan bersedia untuk pergi lagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!