Rundingan Hamas-Israel beri isyarat positif

Rejim Zionis terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Genting Gaza ketika sesi dialog itu bermula.
Rejim Zionis terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Genting Gaza ketika sesi dialog itu bermula.
A
A
A

KAHERAH - Rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel yang diadakan di Mesir pada Isnin dilaporkan menunjukkan perkembangan positif.

"Pusingan pertama itu berlangsung selama empat jam. Sesi dialog itu akan disambung semula di bandar peranginan, Sharm el-Sheikh pada Selasa," menurut sumber rapat proses damai itu.

Al Jazeera memetik kenyataan sumber rapat delegasi tersebut melaporkan pertemuan peringkat pertama itu telah membuka peta jalan untuk menentukan perbincangan seterusnya bagi menghentikan perang ganas di Gaza yang telah berlarutan selama dua tahun.

Jurucakap Hamas bagaimanapun menegaskan tindakan Israel yang terus mengebom Gaza menimbulkan cabaran besar kepada proses rundingan bagi membebaskan baki tawanan.

Isu lain yang dibincangkan pada hari pertama itu adalah tentang pelaksanaan gencatan senjata dan akses bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Difahamkan, delegasi Hamas diwakili Khalil al-Hayya dan Zaher Jabarin yang terselamat cubaan bunuh didalangi Zionis di Doha pada bulan lalu.

Perbincangan itu memberi tumpuan kepada pelan damai 20 perkara dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sebahagian daripada kandungannya telah dipersetujui Hamas.

Sejak akhir minggu lalu, Presiden ke-47 AS itu kelihatan seperti tergesa-gesa apabila berterusan mendesak Hamas dan Israel agar segera mencapai kesepakatan.

"Semua pihak perlu bertindak segera. Pertumpahan darah lebih dahsyat akan berlaku jika perjanjian damai tidak dimuktamadkan dalam tempoh terdekat," ujarnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel di Mesir menunjukkan perkembangan positif Pertemuan membuka peta jalan bagi perbincangan seterusnya untuk menghentikan perang di Gaza Jurucakap Hamas mencabar tindakan Israel yang terus mengebom Gaza Delegasi Hamas diwakili Khalil al-Hayya dan Zaher Jabarin Perbincangan memberi tumpuan kepada pelan damai 20 perkara dicadangkan oleh Presiden AS, Donald Trump

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!