Pindaan Akta Sewa Beli beri impak positif kepada pengguna kredit - MPPN

Kenyataan media yang dikeluarkan MPPN pada Khamis.
Kenyataan media yang dikeluarkan MPPN pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pindaan Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Rabu mampu memberi impak positif kepada pengguna kredit, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Mohd Khair Ngadiron berkata, pindaan itu akan memastikan pengguna yang sering menggunakan kemudahan sewa beli bagi memiliki kenderaan dan barangan keperluan tidak lagi menanggung caj faedah berlebihan menggunakan kaedah sedia ada.

Selain itu, ia dilihat dapat menggalakkan ketelusan serta akauntabiliti dalam pengiraan kadar faedah.

“MPPN juga menyokong penggunaan teknologi digital dalam sektor kewangan pengguna dan meningkatkan tadbir urus industri kredit pengguna agar lebih beretika dan berorientasikan kepentingan awam.

“Kami turut menyambut baik komitmen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk terus memperkukuh perlindungan pengguna melalui pendekatan dasar yang seimbang antara kepentingan pengguna dan industri.

“Sebagai badan penasihat kepada kerajaan dalam hal ehwal pengguna, MPPN akan terus memberikan pandangan dan saranan strategik bagi memastikan setiap dasar dan pindaan undang-undang berkaitan pengguna dilaksanakan secara inklusif, progresif serta berpaksikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] itu merupakan sebahagian daripada kerangka besar reformasi ekosistem kredit pengguna yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan sistem pembiayaan pengguna di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan selamat.

Melalui pindaan tersebut, tiga langkah utama telah diperkenalkan iaitu pemansuhan kadar faedah tetap sama rata atau ‘flat rate’ dan kaedah Peraturan 78 (Rule of 78) yang selama ini membebankan pengguna digantikan dengan penggunaan kadar faedah efektif serta kaedah baki berkurangan.

Selain itu, ia membenarkan penggunaan teknologi terkini dalam urusan perjanjian sewa beli, termasuk pengesahan digital dan transaksi dalam talian bagi meningkatkan kecekapan serta ketelusan.

Artikel Berkaitan:

Ia juga meminda istilah kadar asas pinjaman kepada kadar rujukan agar selaras dengan perkembangan semasa dalam industri kewangan.

Ringkasan AI

  • Pindaan Rang Undang-Undang Sewa Beli 2025 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat untuk memberi impak positif kepada pengguna kredit terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah
  • Pindaan tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban caj faedah berlebihan kepada pengguna menggunakan kaedah sedia ada
  • MPPN menyokong penggunaan teknologi digital dalam sektor kewangan pengguna dan memperkukuh perlindungan pengguna
  • Tiga langkah utama dalam pindaan melibatkan pemansuhan kadar faedah tetap, penggunaan teknologi terkini dalam perjanjian sewa beli dan pengesahan digital
  • Pindaan ini merupakan sebahagian daripada reformasi ekosistem kredit pengguna untuk sistem pembiayaan yang lebih adil, telus dan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!