Suami ikut langkah isteri jadi hamba dadah

Suami isteri yang ditahan pihak AADK dalam ops cegah dadah di daerah Tanah Merah.
Suami isteri yang ditahan pihak AADK dalam ops cegah dadah di daerah Tanah Merah.
A
A
A

TANAH MERAH - Akibat tekanan hidup kerana disahkan menghidapi HIV positif, seorang isteri sanggup menagih dadah jenis pil kuda sejak 10 tahun lalu.

Lebih mengejutkan, suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga dan membimbing isterinya, turut terjebak dalam kancah penagihan sejak setahun lalu.

Pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak berusia 4 tahun itu, merupakan antara lima penagih yang ditahan dalam Op Cegah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah yang dijalankan di Kampung Legeh, Air Chanal dan Jedok di sini.

Ketua Operasi AADK Tanah Merah, Basri Manshor berkata, operasi berkenaan dijalankan bermula kira-kira jam 8 pagi dan pasangan suami isteri itu memberi kerjasama ketika serbuan di kediaman mereka.

“Kita lakukan pemantauan di sekitar kawasan Kampung Legeh, Air Chanal dan Kampung Jedok memandangkan ia terletak jauh dari kawasan bandar.

“Kesemua yang ditahan positif methamphetamine (pil kuda) dan hasil tangkapan itu dua orang ditahan di bawah Sek 3(1) Akta Penagih Dadah 1983, seorang di bawah Seksyen 6 (2)Akta Penagih Dadah 1983 kerana langgar syarat pengawasan," katanya.

Menurutnya, seorang di tahan dan dihantar ke Pusat Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan CCSC Kemahang 2 dan seorang lagi diserahkan kepada pihak polis kerana mempunyai waran tangkap.

Artikel Berkaitan: