Lelaki direman bantu siasatan mayat di tangga

Polis. - Foto Sumber Internet
Polis. - Foto Sumber Internet
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki berusia 27 tahun direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di pangsapuri di Bukit Tinggi Klang di Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1.10 tengah hari di Setapak, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca daripada salah faham dipercayai akibat mabuk selepas suspek minum arak di rumah mangsa.

"Mangsa berusia 36 tahun itu dijumpai orang awam dalam keadaan tertiarap di kawasan tangga pangsapuri berkenaan pada kira-kira jam 7.45 pagi.

“Mangsa hanya berseluar pendek warna biru dan tidak berkasut. Terdapat tompokan darah yang agak banyak di bahagian muka dan tubuh si mati," katanya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Penduduk gempar jumpa mayat tepi tangga apartmen

Shamsul Amar berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan serius di kepala akibat pukulan objek tumpul.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel Berkaitan: