Dua lelaki termasuk warga Rohingya ditahan curi kabel

Kumarasan menunjukkan sebahagian kabel yang dirampas.
Kumarasan menunjukkan sebahagian kabel yang dirampas.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang etnik Rohingya disyaki aktif mencuri kabel dalam dua serbuan berasingan di sini, September lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, tangkapan pertama membabitkan lelaki tempatan berusia 38 tahun di kawasan Gelang Patah pada 27 September lalu.

"Penahanan lelaki itu membawa kepada tangkapan rakannya, lelaki Rohingya berusia 31 tahun ditahan di Taman Cahaya Kota, Masai, pada 29 September lalu.

"Susulan tangkapan itu, kita berjaya merampas seguni kabel pelbagai warna dan saiz dengan anggaran berat lebih lapan kilogram.

"Hasil siasatan mendapati mereka aktif melakukan kegiatan mencuri kabel sejak bulan lalu dengan menyasarkan stor tapak pembinaan dan kilang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini pada Isnin.

Tambah Kumarasan, suspek dipercayai menjual kabel yang dicuri di tempat barangan lusuh di Kota Masai.

Katanya, suspek warga tempatan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan saringan air kencing turut positif dadah jenis methamphetamine.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kabel yang berlaku di kawasan Gelang Patah.

"Kesemua tangkapan akan dituduh Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok (Selasa) mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu menolong menyembunyikan harta curi dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan dua lelaki termasuk seorang etnik Rohingya disyaki aktif mencuri kabel di Iskandar Puteri, September lalu
  • Tangkapan pertama adalah lelaki tempatan di Gelang Patah, dan yang kedua adalah lelaki Rohingya di Taman Cahaya Kota, Masai
  • Polis berjaya merampas seguni kabel pelbagai warna dan saiz, dengan berat lebih lapan kilogram
  • Suspek terlibat dalam kegiatan mencuri kabel sejak bulan lalu, menyasarkan stor pembinaan dan kilang
  • Kedua-dua suspek dipercayai menjual kabel curi dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru mengikut Seksyen 414 dan 447 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!