KanWork anjur Hi-Tea 2025 kukuhkan sokongan kanser 'survivor'

Othman (kiri), Timbalan Pengerusi KenWork, Profesor Dr Nik Hasnaa Nik Mahmood (dua dari kanan) dan pegawai program, Rosliza Akma Zakaria (kanan) mengadakan pertemuan bersama Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah pada Isnin.
Othman (kiri), Timbalan Pengerusi KenWork, Profesor Dr Nik Hasnaa Nik Mahmood (dua dari kanan) dan pegawai program, Rosliza Akma Zakaria (kanan) mengadakan pertemuan bersama Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Persatuan Kanser KanWork bakal menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2025 bagi memperkukuh sokongan terhadap pesakit kanser, 'survivor' dan penjaga mereka.

Pengarah program, Othman Jailani berkata, program dwi tahunan itu akan diadakan pada 9 November ini di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Usaha ini bertujuan menjana dana untuk persatuan di samping mengukuhkan hubungan antara ahli dan rakan kongsi KanWork serta meningkatkan kesedaran mengenai kanser.

“Setakat ini, kami mempunyai kira-kira 430 ahli yang terdiri daripada pesakit, 'survivor', penjaga pesakit dan sukarelawan dalam kalangan profesional serta bukan profesional,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau memberitahu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja KanWork dijangka berkenan berangkat ke majlis tersebut.

“Mereka yang berminat boleh menyertai majlis ini melalui beberapa pilihan kategori meja (10 orang) iaitu 'bronze', 'silver', 'gold' dan 'platinum' pada harga bermula RM1,500 hingga RM6,000.

“Bagi kategori individu pula, bayaran dikenakan ialah sebanyak RM130 untuk ahli dan RM160 bagi bukan ahli,” katanya.

Othman berharap orang ramai dapat menyokong usaha KanWork dengan membeli atau menaja meja, tempat duduk, tiket ke majlis itu, atau menyalurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program berkenaan.

Katanya, untuk maklumat lanjut mengenai KanWork Charity Hi-Tea 2025, orang ramai boleh menghubungi talian 1-800-22-8672 atau 017-201 5817.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, KanWork sentiasa bersedia menyokong individu yang terkesan dengan kanser dan mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan bagi melaksanakan aktiviti persatuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!