Dreams Stage Show bina keyakinan diri pesakit kanser

Rashdan (dua dari kanan) bersama rakan penganjur ketika sidang akhbar di The Mines Wellness City, Seri Kembangan.
Rashdan (dua dari kanan) bersama rakan penganjur ketika sidang akhbar di The Mines Wellness City, Seri Kembangan.
A
A
A

SERDANG – [DIKEMAS KINI] Lebih 100 pesakit kanser bersama ahli keluarga masing-masing bakal memperagakan pelbagai jenis fesyen dalam satu program istimewa bertemakan inspirasi dan kekuatan dalaman menerusi Dreams Stage Show oleh Cancer Warrior Queens.

Program yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini di Confetti, The Mines Wellness City, Seri Kembangan itu dianjurkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (Bahagian Wanita), Pink Unity dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Ia bertujuan membina keyakinan diri, memberi sokongan moral serta mengangkat kisah perjuangan golongan pesakit kanser sebagai sumber inspirasi masyarakat.

Menurut Setiausaha Biro Pembangunan Sumber Manusia Pemadam Kebangsaan, Rashdan Rashid, program tersebut bukan sekadar acara pentas biasa, sebaliknya medan untuk menyalakan harapan baharu buat para pesakit dan keluarga mereka.

“Pemadam melihat pentingnya elemen sokongan psikososial dalam proses pemulihan penyakit kronik seperti kanser.

"Melalui Dreams Stage Show ini, kami tampilkan Cancer Warrior Queens sebagai simbol ketabahan yang wajar diraikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Acara tersebut dijangka turut disertai pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan selebriti yang prihatin terhadap isu kesihatan dan kebajikan wanita.

Selain persembahan dan perkongsian pengalaman oleh pejuang kanser, majlis berkenaan juga akan menampilkan pameran kesedaran kesihatan dan sesi sokongan komuniti.

Artikel Berkaitan:

Pemadam turut mengalu-alukan kehadiran wakil media untuk membuat liputan sepanjang program sebagai usaha memperluas mesej positif kepada masyarakat.

Sebarang pertanyaan atau pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui Rohaya Mohd Taib di talian 011-1004 1225.

"Dari rakyat untuk rakyat, hidup penuh erti" dan itulah semangat yang ingin dizahirkan Pemadam menerusi penganjuran program kali ini," tambah Rashdan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!