Askar Israel maut akibat sengatan tebuan di Bukit Golan

GAZA – Seorang askar rejim Zionis dilaporkan maut selepas mengalami alahan teruk akibat sengatan tebuan ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Golan yang diduduki, lapor media Ibrani pada Ahad.
Mangsa, Levena Shalev berkhidmat sebagai pemandu bagi unit mobiliti di bawah Briged ke-228, Nahal Reconnaissance Unit.
Menurut kenyataan rasmi persatuan unit berkenaan, Shalev disahkan meninggal dunia selepas diserang alahan serius susulan sengatan tebuan yang berlaku ketika aktiviti luar bersama pasukannya.
Pasukan perubatan tentera dilaporkan segera memberikan rawatan awal di lokasi kejadian, namun mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pihak tentera rejim juga memaklumkan bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan bagi meneliti insiden itu.
Kematian tersebut menarik perhatian media tempatan kerana jarang berlaku dalam kalangan anggota tentera, khususnya akibat sengatan serangga.
Dalam kalangan masyarakat Israel, insiden itu turut mencetuskan perbincangan mengenai tahap kesedaran terhadap risiko alahan teruk atau anaphylaxis dalam kalangan anggota pasukan keselamatan.
Bukit Golan yang terletak di sempadan Syria terus menjadi kawasan strategik dan dipenuhi aktiviti ketenteraan rejim Zionis sejak ia dirampas pada tahun 1967. Kawasan itu sering menjadi lokasi latihan ketenteraan serta rondaan keselamatan oleh pasukan Israel. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang askar rejim Zionis maut akibat reaksi alahan teruk sengatan tebuan di Bukit Golan
- Dia merupakan pemandu dalam unit mobiliti Briged ke-228, Nahal Reconnaissance Unit
- Shalev meninggal dunia selepas diserang alahan serius ketika aktiviti luar bersama pasukannya
- Pasukan perubatan tentera memberikan rawatan awal tapi gagal menyelamatkan nyawanya
- Kematian ini mencetuskan perbincangan mengenai kesedaran terhadap risiko alahan teruk dalam kalangan anggota tentera
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

