Tiru gaya idola, wanita hidap penyakit buah pinggang akibat pewarna rambut

Seorang wanita di China menghidap penyakit buah pinggang selepas terlalu kerap mewarnakan rambut bagi meniru gaya selebriti kegemarannya.
Seorang wanita di China menghidap penyakit buah pinggang selepas terlalu kerap mewarnakan rambut bagi meniru gaya selebriti kegemarannya.
A
A
A

BEIJING - Seorang wanita di China menghidap penyakit buah pinggang selepas mewarnakan rambut setiap bulan semata-mata mahu meniru gaya rambut selebriti kegemarannya.

Laporan stesen televisyen Henan TV mendedahkan wanita berusia 20 tahun yang hanya dikenali sebagai Hua dari wilayah Henan itu mula menunjukkan simptom seperti bintik merah pada kaki, sakit sendi dan sakit perut sebelum disahkan menghidap radang buah pinggang.

Menurut Dr Tao Chenyang dari Hospital Rakyat Zhengzhou, Hua dilaporkan menukar warna rambutnya hampir setiap bulan bagi menyesuaikan diri dengan perubahan gaya rambut idolanya.

“Bahan kimia dalam pewarna rambut mengandungi toksin yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, masalah pernafasan dan meningkatkan risiko kanser,” katanya sambil menjelaskan bahawa pewarna rambut turut mengandungi logam berbahaya seperti plumbum dan merkuri.

Insiden itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial China apabila ramai warganet menuding jari kepada budaya K-pop yang sering mempopularkan perubahan warna rambut ekstrem sebagai imej promosi artis.

“Tiada idola yang berbaloi untuk diikuti hingga memudaratkan kesihatan,” tulis seorang pengguna Weibo.

Fenomena ini bukan kali pertama mencetuskan perhatian di China. Sebelum ini, beberapa individu dilaporkan sanggup mengejar kenderaan artis kegemaran mereka hingga membahayakan diri. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di China mengalami penyakit buah pinggang selepas kerap mewarnakan rambut untuk meniru gaya rambut idolanya
  • Wanita itu yang berusia 20 tahun menunjukkan simptom seperti bintik merah, sakit sendi dan sakit perut
  • Dia mengubah warna rambutnya hampir setiap bulan untuk mengikuti perubahan gaya rambut idolanya
  • Pewarna rambut mengandungi bahan kimia berbahaya seperti toxsin, logam plumbum dan merkuri yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan masalah kesihatan lain
  • Pengguna media sosial China membahas perkara ini dengan menyalahkan budaya K-pop atas promosi perubahan warna rambut ekstrem

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!