Ujian DNA tentukan identiti dua individu rentung dijalankan esok - Polis

Ujian DNA bagi menentukan identiti dua individu yang rentung selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan akan dijalankan esok.
Ujian DNA bagi menentukan identiti dua individu yang rentung selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan akan dijalankan esok.
A
A
A

KEPALA BATAS - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan identiti dua individu yang rentung selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan, dekat sini pada Sabtu akan dijalankan esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, ahli keluarga kepada kedua-dua individu telah memaklumkan kepada pihak polis butiran mangsa selepas tampil di Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) pada Ahad.

"Namun, kita perlu tunggu ujian DNA yang dijalankan esok bagi mengesahkan identiti kedua-dua mangsa sebelum mayat diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian kerana proses bedah siasat telah selesai.

"Berdasarkan keterangan ahli keluarga, kedua-dua mangsa warga tempatan dan tinggal di Kedah, seorang daripada yang rentung itu adalah pemilik kereta yang terbakar," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, media melaporkan identiti seorang daripada dua mangsa rentung dikenal pasti sebagai Mohd Fitri Ahmad, 35, dan perkara itu dimaklumkan ayah mangsa, Ahmad Lin @ Mustafa, 74, ketika hadir ke Unit Forensik HKB pagi tadi.

Pada Sabtu, polis memaklumkan identiti dua individu yang rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan, masih belum dapat dikenal pasti.

Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dengan anggaran peratusan kebakaran 80 peratus, dipercayai berpunca akibat kemalangan jalan raya. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Ujian DNA akan dijalankan untuk menentukan identiti dua individu yang rentung dalam kemalangan kereta di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan
  • Ahli keluarga mangsa telah memaklumkan butiran kepada polis
  • Ujian DNA diperlukan untuk pengesahan identiti sebelum penyerahan mayat untuk urusan pengebumian
  • Kedua-dua mangsa adalah warga tempatan dari Kedah dan salah seorang adalah pemilik kereta
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!