Jualan Gudang Karangkraf terus jadi destinasi pilihan keluarga, pencinta buku

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang berlangsung sejak 26 September dan berakhir pada Ahad mencatatkan sambutan menggalakkan daripada pengunjung, khususnya dalam kalangan keluarga.
Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, sambutan kali ini amat memberangsangkan dengan kehadiran ramai ibu bapa yang membawa anak-anak memilih bahan bacaan.
"Kita dapat lihat golongan keluarga paling ramai hadir. Mereka datang bersama anak-anak dan memilih pelbagai buku seperti al-Quran, buku Islamik serta buku kanak-kanak.
"Jualan kali ini lebih memberi tumpuan kepada aspek jualan dengan tawaran potongan harga menarik sehingga 80 peratus bagi pelbagai genre buku. Ada juga tawaran menarik bagi buku yang baru diterbitkan sekali gus menjadi antara tarikan utama yang membuatkan ramai pelanggan datang berulang kali,” ujarnya.

Selain jualan, pihak penganjur turut menyediakan beberapa aktiviti khusus untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna bagi menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.
Mengulas mengenai perancangan masa depan Roziyana berkata, pihaknya akan meneruskan penganjuran jualan gudang pada tahun depan dengan beberapa penambahbaikan dari segi tawaran, pakej dan fokus jualan.
"Insya-ALLAH untuk tahun depan kita akan adakan pada akhir Januari 2026. Kita bercadang menambah baik dari segi tawaran harga dan pakej promosi.

“Mungkin juga kita akan menyesuaikan fokus jualan mengikut masa penganjuran. Contohnya, jika dibuat pada bulan Ramadan, kita akan beri lebih tumpuan kepada produk Islamik dan al-Quran,” katanya.
Lebih 1,000 judul bahan bacaan termasuk naskhah al-Quran ditawarkan sempena jualan tersebut dengan pelbagai barangan eksklusif seperti buku perancang dan kalendar 2026, pen My#QuranTime (MQT) Karangkraf, penanda buku magnetik, rantai kunci MQT, buku tulis MQT dan beg kanvas MQT.
Turut dijual ialah beg tote Karangkraf, payung lipat, kad gambar edisi terhad Sunan, buku nota Saya Remaja, tumbler terma, mug seramik, jurnal, penunjuk al-Quran, beg baca serta beg MQT.
Ringkasan AI
- Jualan Gudang Karangkraf 2025 menarik minat ramai ibu bapa dan anak-anak untuk memilih bahan bacaan
- Sambutan kali ini menunjukkan golongan keluarga paling ramai hadir dengan minat pada buku seperti al-Quran, buku Islamik serta buku kanak-kanak
- Tawaran menarik dan potongan harga sehingga 80% bagi pelbagai genre buku menjadi antara tarikan utama
- Diadakan aktiviti khusus untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna
- Penganjuran jualan gudang akan diteruskan pada tahun depan dengan penambahbaikan dari segi tawaran, pakej dan fokus jualan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
