Pelancong Taiwan teruja harga buku murah

Pengunjung melihat antara buku yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID. Gambar kecil dari kiri: Linda dan Syafiqah.
Pengunjung melihat antara buku yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID. Gambar kecil dari kiri: Linda dan Syafiqah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelancong dari Taiwan teruja melihat konsep, dekorasi dan ribuan buku yang disusun rapi sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.

Penerbit penyedia perkhidmatan e-buku berpangkalan di Taipei, Linda Ku berkata, dia dan rakannya tidak menyangka Jualan Gudang Karangkraf konsisten menawarkan harga buku lebih murah setiap tahun, selain menyifatkan ia satu pendekatan menggalakkan masyarakat mencintai amalan membaca.

Linda yang berhasrat mahu menjalinkan kolaborasi bersama Karangkraf berkata, usaha sebegitu boleh diperluaskan di seluruh dunia menerusi platform e-buku dikendalikannya.

“Saya sudah berada di Malaysia sejak minggu lepas dan kawan ajak untuk singgah di Karangkraf memandangkan ada jualan gudang.

“Saya mahu tengok-tengok dahulu kalau ada kemungkinan untuk bekerjasama dan produk ini boleh dipasarkan di seluruh dunia menerusi platform saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Seorang lagi pengunjung, Syafiqah Shoid berkata, rak novel genre seram thriller menjadi tempat kegemarannya tidak kira terbitan penulis lama atau baharu.

Katanya, dia kini memiliki sekitar 1,000 novel pelbagai genre sebagai koleksi peribadi di rumahnya.

“Kalau datang ke sini, memang saya akan cari buku seram thriller dahulu tapi genre lain saya baca juga. Kebiasaannya saya berhabis tak terlalu banyak, RM100 hingga RM200 sahaja,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pelancong dari Taiwan teruja dengan konsep Jualan Gudang Karangkraf 2025
  • Linda Ku, penerbit e-buku dari Taipei, melihat potensi kolaborasi dengan Karangkraf
  • Linda sudah berada Malaysia seminggu untuk peluang kolaborasi
  • Pengunjung lain, Syafiqah Shoid, gemar kepada novel seram thriller
  • Syafiqah memiliki sekitar 1,000 novel pelbagai genre sebagai koleksi peribadi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!