Datang lawatan ke Karangkraf, rezeki dapat borong buku murah

Normala memborong bahan bacaan pada harga sangat murah sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.
Normala memborong bahan bacaan pada harga sangat murah sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.
A
A
A

SHAH ALAM - Kunjungan ke Karangkaf bagi mengikuti lawatan jabatan menjadi lebih berbaloi apabila berpeluang memborong bahan bacaan pada harga sangat murah sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.

Timbalan Pengarah Sektor Penghasilan Buku Teks, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Putrajaya, Normala Baharudin berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk memahami lebih mendalam bagaimana Karangkraf kekal bertahan dalam industri penerbitan khususnya bagi menghasilkan buku bercetak untuk tujuan pembelajaran.

"Dalam sesi lawatan ini, kami dapat melihat sendiri bagaimana pasukan grafik, pemasaran dan penerbitan bekerjasama menghasilkan bahan bacaan untuk masyarakat.

"Usaha ini penting kerana buku cetak masih menjadi teras pembelajaran.

"Tak sangka pula saya ada jualan gudang ini. Memang rezeki terpijak untuk dapatkan bahan bacaan bagi diri sendiri dan anak-anak buah saya.

"Berbaloi tak sampai RM400 saya dapat banyak buku," katanya kepada Sinar Harian.

Jualan Gudang Karangkraf 2025 ini berlangsung selama 10 hari bermula 26 September hingga 5 Oktober depan dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Jualan Gudang Karangkraf 2025 berlangsung dari 26 September hingga 5 Oktober di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Jualan Gudang Karangkraf 2025 berlangsung dari 26 September hingga 5 Oktober di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

Bertempat di Kompleks Karangkraf, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapat tawaran diskaun harga berpatutan, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik disajikan sepanjang program berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Tambah Normala, antara pembelian yang paling menarik perhatiannya ialah Siri Buku Suluh yang terkenal dengan elemen interaktif menggunakan lampu suluh.

"Ia sangat bagus, akan memberikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan serta memberi pelbagai fakta tentang haiwan kepada kanak-kanak," katanya.

Sementara itu, kakitangan awam, Mohd Izzat Syafiq Ramlan pula berkata, jualan gudang tersebut membolehkan beliau mendapatkan naskhah yang sukar ditemui di kedai biasa dengan harga jauh lebih rendah.

Ujarnya, peluang berkenaan membolehkan mereka membeli buku dalam kuantiti yang lebih banyak untuk kegunaan anak-anak.

“Peluang macam ini memang jarang-jarang dapat. Harga buku di sini jauh lebih murah berbanding pasaran. Contohnya, buku aktiviti sekolah yang biasanya berharga RM12 senaskhah, boleh didapati pada harga 3 buku RM5 sahaja.

"Kita tengok sendiri, kita rasai sendiri dengan harga yang murah ini dan kita boleh beli buku lebih daripada biasa, insya-ALLAH bermanfaat untuk anak-anak.

"Hari ini saya dapat beberapa buku aktiviti Tahun Tiga dan Empat, komik serta cendera mata comel.

"Dengan harga yang rendah, kita dapat kuantiti yang lebih banyak tanpa membebankan kewangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!