[VIDEO] GSF: Aktivis dipaksa berlutut, digari selama lima jam - KP SNCC

A
A
A

SEPANG – [DIKEMAS KINI] Laungan “Free Palestine” oleh sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan tentera Israel didakwa menyebabkan pasukan bersenjata rejim itu bertindak zalim terhadap mereka.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery berkata, semua aktivis dipaksa melutut dengan tangan diikat menggunakan tali zip nilon (zip tie) selepas ditahan.

“Peserta juga dinafikan akses asas seperti air, tandas dan ubat-ubatan.

“SNCC juga mengesahkan barangan bantuan kemanusiaan seperti beras, susu formula, air bersih, ubat-ubatan dan lain-lain yang dibawa dipercayai masih berada di atas kapal yang dipintas rejim Israel,” katanya dalam sidang akhbar di SNCC Bandar Serenia di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan SNCC turut menerima laporan daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) bahawa peserta flotila pada awalnya telah dinafikan hak bertemu peguam.

Namun, dalam tempoh 24 jam lalu, peguam Adalah telah bertemu dengan 331 peserta GSF di Pelabuhan Ashdod.

“Delegasi Malaysia kini ditempatkan di Penjara Ketzi’ot, Israel dan telah diminta menandatangani borang ‘Request for Immediate Departure’.

“Pihak Adalah telah berhubung dengan 20 daripada 23 delegasi Malaysia yang ditahan, manakala tiga peserta lagi akan diuruskan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan tentera rejim zionis Israel dipaksa berlutut dengan tangan diikat selama kira-kira lima jam
  • Peserta dinafikan akses asas termasuk air, tandas, ubat-ubatan serta hak bertemu peguam
  • Barisan peguam dan organisasi hak asasi berhubung dengan 20 daripada 23 aktivis Malaysia yang ditahan
  • Aktivis dinasihatkan menandatangani borang "Request for Immediate Departure" untuk dilepaskan sebagai tahanan Israel
  • Barangan bantuan kemanusiaan termasuk beras, susu formula, air bersih dan ubat-ubatan masih berada di atas kapal yang dipintas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!