Jualan Gudang Karangkraf jadi destinasi wajib beli buku murah

Orang ramai mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf.
Orang ramai mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Kunjungan ke Jualan Gudang Karangkraf bukan sekadar untuk membeli buku, malah ia sudah menjadi tradisi keluarga sejak beberapa tahun lalu.

Seorang suri rumah, Sharina Samion, 41, berkata, beliau dan keluarga tidak pernah terlepas mengunjungi jualan gudang ini kerana harganya jauh lebih murah berbanding di kedai buku biasa.

Menurutnya, sebagai keluarga sederhana, jualan seperti ini memberi peluang kepada mereka untuk membeli pelbagai jenis buku termasuk pendidikan, aktiviti dan agama tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

“Walaupun bajet kami agak terhad, kami tetap boleh pulang dengan berpuluh-puluh buku. Anak-anak sangat seronok dan bersemangat setiap kali tahu akan ada jualan gudang ini.

“Kami memang datang awal pagi bersama senarai buku yang ingin dibeli. Kali ini emak saya turut membeli beberapa naskhah al-Quran untuk disedekahkan kepada masjid.

“Saya rasa jualan ini bagus kerana dapat mendidik anak-anak mencintai buku selain meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana yang menyeronokkan,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Jualan Gudang Karangkraf 2025 kembali dengan tawaran buku serendah RM8.50.
Jualan Gudang Karangkraf 2025 kembali dengan tawaran buku serendah RM8.50.

Jualan Gudang Karangkraf 2025 akan berlangsung selama 10 hari bermula 26 September hingga 5 Oktober depan dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Artikel Berkaitan:

Bagi Khairunnisa Mohd Asid, 25, pula, jualan gudang ini membolehkan beliau mendapatkan naskhah yang sukar ditemui di kedai biasa dengan harga jauh lebih rendah.

Jelasnya, beliau sangat gembira apabila berjaya mendapatkan banyak buku untuk melengkapkan koleksi peribadi.

“Saya sendiri peminat tegar novel. Dengan harga murah, misalnya RM10 untuk sebuah buku, saya boleh borong semua koleksi novel terbitan Karangkraf yang saya belum miliki, terutama genre thriller dan seram.

“Jualan kali ini memberi peluang untuk saya menambah koleksi novel daripada pelbagai genre yang ditawarkan.

“Banyak buku menarik yang dijual bukan sahaja novel, malah ada juga buku aktiviti kanak-kanak, agama, motivasi dan sebagainya. Memang sesuai untuk pelbagai peringkat umur,” ulasnya.

Sementara itu, Nur Arif Noor Sa’ari, 28, memberitahu, kualiti buku keluaran Grup Buku Karangkraf (GBK) sangat bagus, bermutu tinggi dan ditawarkan pada harga berpatutan.

“Tambahan pula ada promosi menarik di jualan gudang ini yang menjadikan harga lebih rendah daripada biasa. Dengan bajet sekitar RM100, saya dapat banyak buku kanak-kanak, sedangkan jika beli di kedai biasa mungkin hanya dapat lima atau enam buah sahaja.

“Ini merupakan kali kedua saya menghadiri jualan ini dan saya tidak menolak kemungkinan akan terus datang pada masa akan datang kerana berpuas hati dengan pengalaman membeli-belah di sini,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Kunjungan ke Jualan Gudang Karangkraf menjadi tradisi keluarga Sharina Samion sejak beberapa tahun lalu
  • Harga buku di jualan gudang jauh lebih murah membolehkan keluarga sederhana membeli pelbagai jenis buku
  • Jualan Gudang Karangkraf 2025 berlangsung selama 10 hari
  • Khairunnisa Mohd Asid mendapatkan naskhah yang sukar ditemui di kedai biasa dengan harga lebih rendah
  • Nur Arif Noor Sa'ari menyatakan kualiti buku GBK bagus dan harga berpatutan dengan promosi menarik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!