Covid-19: Australia tingkat langkah pencegahan

Scott Morrison
Scott Morrison
A
A
A

CANBERRA - Berkuat kuasa hari ini (waktu tempatan), Australia menutup semua kemudahan seperti pub, kelab dan hotel (tidak termasuk penginapan).

Gimnasium, panggung wayang, tempat hiburan, kasino dan kelab malam turut ditutup.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan langkah pencegahan terbaru itu semalam bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19).

Restoran dan kafe terhad untuk pesanan bawa pulang dan penghantaran. Sekatan itu juga tertakluk untuk aktiviti perhimpunan agama, tempat ibadat atau pengebumian (dilakukan secara terhad).

Sebelum ini, Australia mengambil beberapa langkah pencegahan antaranya melarang perhimpunan dan perjalanan yang tidak penting serta larangan mengunjungi rumah penjagaan orang tua.

Australia setakat ini mencatatkan 1,315 kes Covid-19 dengan tujuh kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: