GSF: Kapal Marinette telah dipintas tentera Israel

SEPANG - Aktivis kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) Marinette yang sedang belayar ke Gaza telah dipintas oleh pasukan pertahanan Israel sebentar tadi.
Menerusi siaran langsung sistem penjejak (tracker) Sumud Nusantara, kru kapal dihampiri tentera zionis itu sekitar jam 3.30 petang waktu Malaysia sebelum terputus hubungan.
Terdahulu, aktivis dilihat mula memakai jaket keselamatan sambil memaklumkan kehadiran sebuah kapal perang.
Marinette pada Jumaat dilaporkan dalam keadaan memecut belayar dengan kelajuan enam knot menuju ke Gaza.
Flotila itu merupakan satu-satunya kapal yang masih belayar dan kini berada di zon merah R2 yang menandakan jarak mereka ke pesisiran pantai Gaza kini berbaki kira-kira 60 batu nautika.
Ringkasan AI
- Aktivis kapal misi kemanusiaan GSF Marinette dipintas oleh pasukan pertahanan Israel
- Kru kapal dihampiri tentera zionis sekitar jam 3.30 petang waktu Malaysia
- Sebelum terputus hubungan, aktivis sempat memakai jaket keselamatan dan memaklumkan kehadiran kapal perang
- Marinette dilaporkan memecut belayar dengan kelajuan enam knot menuju ke Gaza pada Jumaat
- Kapal berada di zon merah R2 yang menandai jarak ke Gaza berbaki kira-kira 60 batu nautika
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
