Global Sumud Flotilla: Aktivis ditahan akan dideportasi ke Eropah

Aktivis Sweden, Greta Thunberg (tengah) dan aktivis Brazil, Thiago Avila (kanan), bersama aktivis-aktivis lain selepas tentera laut Israel memintas Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Foto AFP
Aktivis Sweden, Greta Thunberg (tengah) dan aktivis Brazil, Thiago Avila (kanan), bersama aktivis-aktivis lain selepas tentera laut Israel memintas Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis antarabangsa yang ditahan dalam konvoi bantuan kemanusiaan menuju Gaza akan dihantar pulang ke Eropah selepas flotila itu dipintas tentera laut Israel.

Menurut Anadolu Ajansi, sekurang-kurangnya 317 aktivis daripada 21 kapal telah ditahan oleh pasukan Israel, berdasarkan data penjejak flotila.

Aktivis yang berada di atas kapal yang diserang Israel terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan termasuk Malaysia, Sepanyol, Itali, Brazil, Turkiye, Greece, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Britain dan Perancis, selain negara lain.

Laporan media menyatakan sebuah kapal Tentera Laut Israel membawa aktivis yang ditahan itu ke Pelabuhan Ashdod, tempat proses deportasi akan dimulakan pada Khamis.

"Mereka akan dihantar pulang ke Eropah,” menurut laporan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aktivis antarabangsa ditahan dalam konvoi bantuan kemanusiaan menuju Gaza akan dihantar pulang ke Eropah
  • Sekurang-kurangnya 317 aktivis daripada 21 kapal ditahan oleh pasukan Israel
  • Aktivis terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan termasuk Malaysia hingga Perancis
  • Kapal Tentera Laut Israel membawa aktivis ditahan ke Pelabuhan Ashdod untuk proses deportasi
  • Proses deportasi akan dimulakan pada Khamis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!