Tentera Israel tembak meriam air pada kapal GSF

Hazwani (kiri) melaporkan tentera Israel telah melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal mereka.
Hazwani (kiri) melaporkan tentera Israel telah melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal mereka.
A
A
A

GAZA - Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi melaporkan tentera Israel telah melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal mereka.

“Israel melepaskan beberapa kali ‘watercanon’ ke arah kapal kami,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Threads.

Beliau merupakan salah seorang daripada peserta yang dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Hazwani merupakan adik kepada pelakon, Heliza Helmi yang turut menyertai misi tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Sekretariat Nusantara Care Centre (SNCC), Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim mengesahkan kapal Alma yang membawa tiga wakil Malaysia telah dipintas di perairan antarabangsa pada jam 8.35 malam waktu Gaza pada 1 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal mereka
  • Hazwani dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui misi Global Sumud Flotilla
  • Hazwani adalah adik kepada pelakon Heliza Helmi yang turut menyertai misi
  • Ketua Pengarah Sekretariat Nusantara Care Centre mengesahkan kapal Alma membawa tiga wakil Malaysia
  • Kapal Alma dipintas di perairan antarabangsa pada jam 8.35 malam waktu Gaza pada 1 Oktober

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!