Masjid dan surau di bawah JAKIM, JAWI diarah anjur solat hajat dan Qunut Nazilah

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bermula malam ini dan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan berkata, ia susulan tindakan Israel memintas kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Beliau solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah akan dilaksanakan selepas solat maghrib malam ini serta esok selepas solat Jumaat dan selain itu khutbah Jumaat khas mengenai isu Palestin juga akan disampaikan di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

"Saya mengesyorkan kepada semua masjid dan surau Jumaat di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam negeri-negeri turut mengambil langkah yang sama.

"Ayuh kita semua mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya untuk rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin," katanya.

GSF yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza dilaporkan dipintas dan dihalang oleh Israel di perairan antarabangsa.

Setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia, sebanyak 12 rakyat Malaysia ditahan dan lima lagi dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Masjid dan surau JAKIM dan JAWI diarah solat hajat dan Qunut Nazilah untuk keselamatan Global Sumud Flotilla
  • Kapal misi kemanusiaan ke Gaza dipintas oleh Israel
  • Solat hajat dan Qunut Nazilah selepas maghrib dan solat Jumaat, disertai khutbah khas
  • Menteri mengesyorkan semua masjid dan surau negeri lain melakukan yang sama
  • GSF membawa bantuan kemanusiaan, 12 rakyat Malaysia ditahan, lima terputus hubungan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!