Megat Yahya, isteri maut dirempuh lori, rakan kenang sifat pemurah

Pemergian arwah dan isterinya dalam kemalangan di Bulatan Hospital Jitra pada pagi Selasa lalu mengejutkan ramai pihak.
Pemergian arwah dan isterinya dalam kemalangan di Bulatan Hospital Jitra pada pagi Selasa lalu mengejutkan ramai pihak.
A
A
A

JITRA - Sosok arwah Megat Yahya Megat Ahmad, 66, dalam kalangan rakan pengajian agama dikenang sebagai insan pemurah yang tidak pernah lokek menghulur belanja makan kepada sahabat-sahabatnya setiap kali selesai kuliah.

Menurut rakan pengajiannya, Mohd Syafiq Abd Rahman, 35, arwah bukan sahaja dikenali kerana sifat mesranya, malah sikap dermawan beliau menjadikan ramai berasa segan untuk menolak pelawaannya.

“Setiap kali selesai kuliah atau daurah, dia pasti akan ajak kami makan. Kadang-kadang kami segan sebab tahu dia bukan orang senang, tapi tetap mahu belanja. Katanya, rezeki kena dikongsi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Megat Yahya yang aktif menghadiri majlis ilmu dan pengajian Kitab Turath di sekitar Kedah sentiasa hadir walaupun dalam keadaan hujan lebat, lengkap berbaju hujan bersama isterinya, Khoriyah Kasim, 61.

“Di mana ada majlis ilmu, di situ pasti ada arwah. Dia tak pernah berkira masa atau tenaga. Kalau ada selawat, daurah atau kuliah, dia akan hadir walau terpaksa meredah hujan,” tambah Syafiq.

Arwah juga merupakan antara individu penting dalam penubuhan sebuah pondok pengajian agama di Jitra yang menjadi tempat rujukan ramai penuntut ilmu agama dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pemergian Megat Yahya dan isterinya dalam kemalangan di Bulatan Hospital Jitra pada pagi Selasa lalu mengejutkan ramai pihak.

Jenazah mereka disolatkan di Masjid Jitra dengan kehadiran kira-kira 500 jemaah yang memenuhi ruang solat pada malam Selasa.
Jenazah mereka disolatkan di Masjid Jitra dengan kehadiran kira-kira 500 jemaah yang memenuhi ruang solat pada malam Selasa.

Pasangan itu maut di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah lori.

Artikel Berkaitan:

Jenazah mereka disolatkan di Masjid Jitra dengan kehadiran kira-kira 500 jemaah yang memenuhi ruang solat pada malam Selasa.

“Tiada lagi orang yang akan tunggu di hujung pintu masjid setiap kali selesai solat Jumaat untuk bersalaman dengan semua jemaah. Kehilangan ini sangat dirasai,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Megat Yahya Megat Ahmad dikenang sebagai insan pemurah dan suka menghulur belanja makan kepada sahabat-sahabatnya setiap kali selesai kuliah agama
  • Sikap dermawan Megat Yahya menjadikan ramai rakan pengajiannya segan untuk menolak pelawaannya walaupun tahu beliau bukan orang senang
  • Aktif menghadiri majlis ilmu dan pengajian Kitab Turath di sekitar Kedah, tidak pernah berkira masa atau tenaga walaupun perlu meredah hujan
  • Megat Yahya merupakan individu penting dalam penubuhan sebuah pondok pengajian agama di Jitra yang menjadi tempat rujukan bagi penuntut ilmu agama
  • Pemergian Megat Yahya dan isterinya dalam kemalangan jalan raya mengejutkan ramai pihak dan jenazah mereka disolatkan di Masjid Jitra dengan kehadiran kira-kira 500 jemaah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!