Berkenalan di media sosial, pemandu lori disyaki rogol budak 12 tahun selepas ajak jumpa

Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas proses reman pada Rabu.
Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas proses reman pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sini baru-baru ini.

Lelaki berusia 22 tahun itu dikatakan berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi media sosial sebelum mereka berjanji untuk berjumpa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang masih bersekolah dikatakan telah bersetuju untuk keluar berjumpa dengan suspek pada hari kejadian.

"Kita difahamkan, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan masih bujang itu dikatakan mengajak mangsa keluar kira-kira jam 8.30 malam hari kejadian.

"Suspek disyaki membawa kanak-kanak itu di belakang sebuah rumah di Kampung Bakar Kapor, di sini sebelum bertindak merogol mangsa," katanya.

Kejadian bagaimanapun diketahui ahli keluarga mangsa sebelum laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Suspek kemudian ditahan reman pada Rabu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Sungai Petani
  • Lelaki berusia 22 tahun itu berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi media sosial
  • Mangsa bersetuju untuk keluar berjumpa dengan suspek pada hari kejadian
  • Suspek membawa mangsa ke belakang sebuah rumah di Kampung Bakar Kapor sebelum merogolnya
  • Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!