Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Pemandu lori mengaku lompat keluar akibat masalah brek - Polis

KAJANG - Pemandu lori yang merempuh tiga kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (Silk) pada Sabtu mengaku melompat keluar akibat masalah brek.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, setakat ini lelaki terbabit mendakwa lori dipandunya mengalami masalah brek.
"Setakat ini pemandu mengaku melompat keluar dari lori kerana masalah brek.
"Bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan berhubung dakwaannya itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan lori dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai diselenggara kali terakhir sekitar April lalu.
Terdahulu, media melaporkan masalah brek didakwa menjadi punca kemalangan membabitkan empat kenderaan sehingga mengorbankan seorang bayi dan mengakibatkan tujuh mangsa lain cedera dalam kejadian di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (Silk) di sini pada Sabtu
Ringkasan AI
- Pemandu lori yang merempuh tiga kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang mengaku melompat keluar akibat masalah brek
- Ketua Polis Daerah Kajang berkata pemandu mendakwa lori mengalami masalah brek
- Siasatan lanjut akan dijalankan berhubung dakwaan masalah brek tersebut
- Lori tersebut dipercayai diselenggara kali terakhir sekitar April lalu
- Kemalangan membabitkan empat kenderaan mengakibatkan seorang bayi meninggal dan tujuh mangsa lain cedera
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

