Jabatan Anestesiologi HRPZ II 'red flag' tidak benar: Dr Zaini

Perkhidmatan klinikal di bawah Jabatan Anestesiologi masih berjalan selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan dan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.
Perkhidmatan klinikal di bawah Jabatan Anestesiologi masih berjalan selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan dan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan menafikan mengenai khabar angin yang mendakwa perkhidmatan klinikal Jabatan Anestesiologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu lumpuh dan diisytiharkan 'red flag'.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin berkata, perkhidmatan klinikal di bawah Jabatan Anestesiologi masih berjalan selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, keutamaan perkhidmatan klinikal Jabatan Anestesiologi ditumpukan kepada perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pembedahan kecemasan.

"Pihak HRPZ II juga berkoloberasi bersama pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi memudahkan pengurusan klinikal pesakit yang memerlukan.

"Semua pakar dan pegawai perubatan Jabatan Anestesiologi yang merawat pesakit Covid-19 di HRPZ II telah dibekalkan dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) termasuk air purifying respirator (PAPR) yang baharu dan berfungsi," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Dr Zaini berkata, berita kematian pakar ICU di HRPZII yang disahkan mendapat jangkitan Covid-19 seperti mana ditularkan di laman sosial juga adalah palsu.

Artikel Berkaitan: