Itali perketat peraturan perintah berkurung

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

ROM - Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata, semua aktiviti perniagaan akan ditutup kecuali membabitkan barangan keperluan penting dalam usaha negara itu memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengumuman itu sekali gus mengetatkan lagi langkah perintah berkurung yang disifatkan paling dramatik dalam sejarah, lapor agensi berita Xinhua

Conte berkata, krisis yang dihadapi Itali sekarang 'paling sukar sejak berakhirnya Perang Dunia II.'

Pasar raya, farmasi, pengangkutan dan perbankan masih dibuka, tetapi aktiviti perdagangan tidak penting dilarang sama sekali dan peraturan baharu itu dijangka berkuat kuasa mulai Isnin.

Langkah itu diumumkan beberapa jam selepas pegawai pertahanan awam Itali mendedahkan seramai 793 penduduk terkorban dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kes terus meningkat kepada hampir 43,000. - Bernama

Artikel Berkaitan: