Anwar terima pelawaan syarahan di Universiti Oxford

Anwar semasa sesi minum petang bersama delegasi Turkiye di Putrajaya. 29 September 2025. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Anwar semasa sesi minum petang bersama delegasi Turkiye di Putrajaya. 29 September 2025. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) untuk mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada suatu masa yang bersesuaian.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, undangan itu diterima beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Seri Perdana, Putrajaya, pada Isnin.

Anwar berkata, delegasi berkenaan terdiri daripada bekas Presiden Turkiye, Dr Abdullah Gul; bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah; Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS, Datuk Dr Afifi al-Akiti.

"Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam, khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dengan Barat, di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam,” kata Perdana Menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan dari Pusat Pengajian Islam Oxford untuk mengunjungi dan menyampaikan syarahan di Universiti Oxford Undangan itu disampaikan semasa kunjungan hormat Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Seri Perdana, Putrajaya Delegasi OCIS termasuk bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul, bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah dan Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami Perbincangan meliputi perkembangan ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam serta dialog antara dunia Islam dengan Barat Tujuan utama ialah memperkukuh kefahaman tentang ekonomi dan pasaran Islam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!