Remaja 15 tahun didakwa tawar khidmat seks di Telegram dirujuk ke JKM

Ketua Polis Kelantan mengesahkan terdapat laporan berkaitan remaja terbabit dan kes dirujuk kepada JKM.
Ketua Polis Kelantan mengesahkan terdapat laporan berkaitan remaja terbabit dan kes dirujuk kepada JKM.
A
A
A

KOTA BHARU – Polis Kelantan merujuk kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi Telegram kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat turut mengesahkan terdapat laporan berkaitan remaja terbabit dan kes itu dirujuk kepada JKM memandangkan mangsa masih di bawah umur.

“Pada awalnya, remaja terbabit adalah mangsa rogol dan mungkin disebabkan kecewa, perkara ini berlaku.

“Kami sedang menyiasat sama ada faktor kesusahan atau lain-lain menyebabkan remaja berkenaan menawarkan perkhidmatan seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56 di Istana Balai Besar di sini pada Isnin.

Mohd Yusuff berkata, polis juga dalam proses mengambil keterangan daripada ibu bapa remaja terbabit.

Media sebelum ini melaporkan seorang ibu tunggal membuat laporan polis pada Sabtu lalu, selepas mengesyaki anak perempuannya yang berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi Telegram.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan merujuk kes remaja perempuan 15 tahun yang tawar perkhidmatan seksual ke JKM
  • Datuk Mohd Yusuff Mamat sahkan terdapat laporan berkaitan remaja itu
  • Remaja itu adalah mangsa rogol dan mungkin tindakannya disebabkan kekecewaan
  • Polis sedang siasat faktor kesusahan atau lain-lain yang mendorong tindakannya
  • Polis juga mengambil keterangan dari ibu bapa remaja tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!