Israel dakwa Global Sumud Flotilla provokasi politik, tiada kaitan dengan bantuan

Kementerian Luar Israel mendakwa misi kemanusiaan GSF ke Gaza sebagai satu bentuk provokasi yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas. - Gambar hiasan
Kementerian Luar Israel mendakwa misi kemanusiaan GSF ke Gaza sebagai satu bentuk provokasi yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas. - Gambar hiasan
A
A
A

BAITULMAQDIS – Kementerian Luar Israel mendakwa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza sebagai satu bentuk provokasi yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas.

Menurut kenyataan itu, dakwaan itu dibuat selepas GSF menolak cadangan membantu memunggah barangan bantuan dan diselaraskan untuk dihantar ke Gaza dengan selamat.

"Flotilla berkenaan menolak cadangan kerajaan Itali dan Vatican untuk memunggah sebarang bantuan yang mereka bawa di Cyprus, sebelum dipindahkan secara aman ke Gaza.

"Penolakan itu dibuat selepas mereka turut menolak dua lagi cadangan Israel untuk memunggah bantuan dan menyalurkannya ke Gaza secara aman.

"Tidak ada yang lebih jelas daripada itu, hal ini tidak berkaitan dengan bantuan, semua ini semata-mata mengenai provokasi dan memberikan keuntungan kepada Hamas," katanya.

Sebelum ini, Israel menegaskan tidak akan membenarkan Flotilla bantuan memecahkan sekatan laut yang dikenakan kerana Gaza merupakan zon pertempuran aktif dan menuduh kumpulan Hamas mengatur flotilla berkenaan untuk kepentingan politik mereka.

Seramai 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang kini berada di perairan antarabangsa berhampiran Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.

Mereka merupakan sebahagian aktivis dari 45 negara yang berlayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan terhadap enklaf itu, dan cekal berdepan pelbagai rintangan serta ugutan termasuk serangan dron.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan, selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Luar Israel mendakwa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza sebagai provokasi dan dikaitkan dengan kumpulan pengganas
  • GSF menolak cadangan pembantu kiriman bantuan melalui Cyprus yang disarankan oleh kerajaan Itali dan Vatican
  • Israel menegaskan tidak akan membenarkan Flotilla bantuan memecahkan sekatan laut atas alasan Gaza merupakan zon pertempuran aktif
  • Seramai 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang kini berada di perairan antarabangsa berhampiran Greece
  • Pelayaran GSF membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, serta menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!