Sultan Selangor berangkat ziarah jenazah bonda Tengku Permaisuri

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi jenazah bonda mentua baginda, Allahyarham Esah Tahar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Ahad.
Baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Menurut kenyataan Selangor Royal Office, Allahyarham Esah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 pagi Ahad di sebuah hospital pakar di Damansara akibat sakit tua.
Allahyarham yang berusia 82 tahun dilahirkan di Klang, Selangor, dan meninggalkan tiga orang anak, termasuk Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan anakanda bongsu.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Makam Diraja Shah Alam bersebelahan pusara suami, Allahyarham Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia pada 2021.
Ringkasan AI
- Sultan Selangor berangkat menziarahi jenazah bonda mentua di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin
- Allahyarham Esah Tahar meninggal akibat sakit tua di hospital pakar Damansara
- Berusia 82 tahun, berasal dari Klang, Selangor dan meninggalkan tiga orang anak
- Jenazah disemadikan di Makam Diraja Shah Alam bersebelahan pusara suami, Allahyarham Abdul Rahman Baba
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

