Tiga gadis cantik dibunuh kejam secara 'live'

BUENOS AIRES - Pembunuhan kejam dua wanita dan seorang remaja yang turut disiarkan secara langsung di grup peribadi Instagram telah menggemparkan Argentina, baru-baru ini.
Ketiga-tiga mangsa iaitu Brenda del Castillo dan Morena Verdi, masing-masing 20 tahun serta Lara Gutierrez, 15, dilaporkan hilang selepas mereka diperangkap untuk menghadiri parti peribadi di pinggir Buenos Aires dengan bayaran AS$300 (RM1,266).
Menurut pihak berkuasa, mereka diculik dan kemudiannya diseksa sebelum dibunuh oleh sindiket dadah yang menyiarkan perbuatan itu kepada 45 individu di Instagram.
Siasatan awal mendapati pelaku sememangnya merancang pembunuhan kejam itu sebagai 'hukuman' kerana salah seorang daripada mangsa dipercayai mencuri bungkusan mengandungi kokain milik geng itu yang dikenali sebagai Villa 1-11-14.
"Mereka cuba hantar mesej jelas jika cuba mencuri dadah daripada mereka," kata Menteri Keselamatan wilayah Buenos Aires, Javier Alonso.
Setakat ini, seramai empat individu termasuk dua wanita telah diberkas untuk membantu siasatan.
Insiden jenayah ngeri itu menyebabkan ahli keluarga dan kumpulan aktivis menganjurkan protes untuk menuntut keadilan. - Agensi
Ringkasan AI
- Pembunuhan kejam dua wanita dan seorang remaja di Argentina disiarkan secara langsung di Instagram
- Ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang selepas diperangkap hadir ke parti peribadi dengan bayaran
- Mangsa diculik dan dibunuh oleh sindiket dadah sebelum pembunuhan itu disiarkan kepada 45 individu
- Pembunuhan sebagai 'hukuman' kerana mencuri kokain milik geng tersebut
- Empat individu telah diberkas untuk membantu siasatan dan insiden ini memicu protes menuntut keadilan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

