Al-Quran Karya Bestari jadi pilihan hantaran kahwin anak

Masniah (kanan) berbelanja lebih RM500 termasuklah senaskah al-Quran untuk hantaran kahwin anaknya pada tahun depan. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Masniah (kanan) berbelanja lebih RM500 termasuklah senaskah al-Quran untuk hantaran kahwin anaknya pada tahun depan. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM – Jualan Gudang Karangkraf 2025 terus menjadi tumpuan apabila ramai pengunjung memilih untuk membeli al-Quran Karya Bestari bukan sahaja untuk bacaan sendiri, malah dijadikan hantaran perkahwinan anak.

Pesara swasta, Masniah Kepol, 60, dari Ampang tidak melepaskan peluang membeli beberapa naskhah al-Quran termasuk satu naskhah istimewa untuk majlis perkahwinan anaknya.

Menurutnya, beliau sanggup berbelanja lebih RM500 bagi mendapatkan pelbagai variasi al-Quran menerusi jualan gudang terbabit termasuk al-Quran berwarna putih yang dipilih khas sebagai hantaran perkahwinan anaknya tahun depan.

“Pada mulanya, saya hanya menemani kakak yang ingin datang ke jualan gudang ini sebelum turut membeli beberapa naskhah al-Quran.

“Saya membeli al-Quran tersebut untuk dijadikan hantaran perkahwinan anak yang akan mendirikan rumah tangga pada Jun nanti. Harganya berbaloi dan saya pilih konsep putih, memang sesuai untuk dijadikan hantaran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Dua pengunjung memilih naskah al-Quran ingin dibeli mereka. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Dua pengunjung memilih naskah al-Quran ingin dibeli mereka. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

Masniah turut membeli produk al-Quran terbaharu keluaran Karya Bestari iaitu al-Quran At-Tilawah Perjuzuk, yang menarik perhatian kerana membantu pembaca menamatkan satu juzuk setiap hari.

Sementara itu, suri rumah, Nor Atikah Abdul Rahim dari Batu Tiga berkata, kesempatan ke jualan gudang itu dimanfaatkan untuk menggembirakan hati ibunya.

Menurutnya, beliau membeli beberapa buku termasuk Nota My #QuranTime Juzuk 29 dan Nota My #QuranTime Juzuk 30 sebagai hadiah, sekali gus melengkapkan koleksi milik ibunya.

Artikel Berkaitan:

Nor Atikah menunjukkan Nota My #Qurantime Juzuk 29 dan Nota My #Qurantime Juzuk 30 dibeli ketika Jualan Gudang Karangkraf 2025. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Nor Atikah menunjukkan Nota My #Qurantime Juzuk 29 dan Nota My #Qurantime Juzuk 30 dibeli ketika Jualan Gudang Karangkraf 2025. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

Tidak ketinggalan, seorang guru Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusuf Sahabuddin, Mastura Othman, berkata jualan tersebut dimanfaatkan untuk membeli bahan bacaan bermanfaat bagi kegunaan sekolah.

Nur Kamila dan Mastura menunjukkan sebahagian buku dibeli untuk sekolah. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Nur Kamila dan Mastura menunjukkan sebahagian buku dibeli untuk sekolah. - Foto: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

“Tawaran memang bagus dan berbaloi. Kami membelanjakan hampir RM500 membeli buku-buku seperti kisah nabi, buku doa serta beberapa bahan lain,” katanya.

Seorang lagi guru, Nur Kamila Kamissan berkata, terdapat juga buku latihan dijual pada jualan gudang itu yang sesuai untuk kegunaan murid.

Ringkasan AI

  • Jualan Gudang Karangkraf 2025 menarik pengunjung membeli al-Quran Karya Bestari untuk kegunaan sendiri dan hantaran kahwin
  • Masniah Kepol berbelanja lebih RM500 untuk pembelian al-Quran termasuk versi putih sebagai hantaran perkahwinan anaknya
  • Pelanggan tertarik dengan al-Quran At-Tilawah Perjuzuk yang membolehkan bacaan satu juzuk setiap hari
  • Nor Atikah Abdul Rahim membeli buku sebagai hadiah untuk melengkapkan koleksi ibunya
  • Guru memanfaatkan jualan ini untuk membeli bahan bacaan bermanfaat bagi kegunaan sekolah dan murid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!