[VIDEO] Mekanik mengaku tidak bersalah rogol pelajar sekolah

ALOR GAJAH – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang pelajar sekolah di sebuah rumah di Kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru awal April lalu.
Tertuduh, Muhamad Asyraf Ramli, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Air Molek kira-kira jam 11.30 malam pada 1 April lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain, mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 serta memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan berasal daripada keluarga susah dan merupakan satu-satunya penanggung keluarga.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 27 Oktober depan.
Ringkasan AI
- Seorang mekanik didakwa merogol pelajar sekolah di Kampung Air Molek
- Tertuduh, Muhamad Asyraf Ramli, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah
- Dia didakwa merogol remaja 15 tahun 11 bulan pada 1 April malam
- Kesalahan merogol boleh membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan
- Mahkamah tetapkan jaminan RM15,000 dan sebutan semula kes pada 27 Oktober
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

