Misi Global Sumud Flotilla empat hari lagi sampai Gaza - ZRA

Hari kelapan pelayaran misi GSF ke Gaza diteruskan dari Greece menuju ke perairan antarabangsa. - FOTO FB ZRA Strim
Hari kelapan pelayaran misi GSF ke Gaza diteruskan dari Greece menuju ke perairan antarabangsa. - FOTO FB ZRA Strim
A
A
A

SHAH ALAM - Hari kelapan pelayaran misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza diteruskan dari Greece menuju ke perairan antarabangsa.

Menurut Zainal Rashid Ahmad menerusi laman TikTok ZRA Strim, semua kapal misi itu kini belayar di Tebing Crete untuk mengelak kesan ombak tinggi dan laut bergelora.

"Walaupun tersebar khabar mengenai ancaman Israel yang dijangka agresif malam tadi, semuanya berlalu dengan selamat.

"Cuma laut bergelora dan angin kencang. Kami dijangka akan keluar dari perairan Greece dan menuju ke perairan antrabangsa sekitar separuh hari pelayaran, seterusnya memasuki zon kuning yang menjadi cabaran besar untuk berdepan dengan angkatan tentera Israel (IDF)," katanya.

Menurutnya, 53 kapal GSF dijangka sampai ke bumi Gaza dalam tempoh empat hari lagi.

"Sebagai flotilla gerakan awam, bahaya pasti ada. Kita berdepan tentera paling zalim di dunia pada alaf ini. Kita doakan Palestin merdeka.

"Doakan juga kami selamat sampai ke Gaza bagi memenuhi misi menyalurkan bantuan makanan, perubatan dan keperluan kepada kanak-kanak," ujarnya.

habis//

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hari kelapan pelayaran misi Global Sumud Flotilla ke Gaza diteruskan dari Greece
  • Semua kapal belayar di Tebing Crete untuk mengelak kesan ombak tinggi
  • Walaupun ada ancaman Israel, semuanya berlalu dengan selamat
  • 53 kapal GSF dijangka sampai ke Gaza dalam empat hari lagi
  • Misi ini bertujuan menyalurkan bantuan makanan, perubatan, dan keperluan kepada kanak-kanak di Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!