Lawatan ke Timor-Leste disambut baik, pengiktirafan kepada Malaysia - PM

Anwar (dua, kanan) bergambar bersama Presiden Timor-Leste, José Manuel Ramos-Horta (dua, kiri) dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão (kanan) selepas menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’. Foto Bernama
Anwar (dua, kanan) bergambar bersama Presiden Timor-Leste, José Manuel Ramos-Horta (dua, kiri) dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão (kanan) selepas menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’. Foto Bernama
A
A
A

DILI (TIMOR-LESTE) - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan rasmi dua hari beliau ke Timor-Leste yang berakhir hari ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan di peringkat tertinggi, dan menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan kepada Malaysia serta seluruh rakyat.

Bercakap kepada Bernama dan RTM pada akhir lawatan itu, Anwar berkata, ia memberi makna yang besar kerana Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, mengekalkan tradisi mengunjungi kesemua negara anggota menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bulan depan.

Dengan Timor-Leste bakal menjadi anggota ke-11 ASEAN, Anwar menekankan hubungan erat Malaysia, sama ada secara peribadi mahupun antara kerajaan dengan Presiden José Ramos-Horta serta Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmao, akan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih kukuh dalam bidang pertahanan, komunikasi digital, keterhubungan, pelaburan dan perdagangan.

"Umumnya lawatan saya ke Timor-Leste menerima sambutan yang amat baik sebagai pengiktirafan kepada rakyat dan negara Malaysia, termasuk penghormatan di Parlimen serta sambutan di peringkat tertinggi oleh Presiden dan Perdana Menteri,” kata beliau.

Anwar turut mengimbau peranan aktif Malaysia sejak sebelum Timor-Leste mencapai kemerdekaan, termasuk penempatan anggota pertahanan, polis dan tentera di negara itu.

AKAN MENYUSUL

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan rasmi ke Timor-Leste mendapat sambutan menggalakkan
  • Lawatan itu menandakan pengiktirafan kepada Malaysia dan rakyatnya
  • Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, menjunjung tradisi mengunjungi semua negara anggota sebelum Sidang Kemuncak ASEAN
  • Timor-Leste, bakal anggota ASEAN ke-11, membuka peluang kerjasama dengan Malaysia dalam pertahanan, komunikasi digital dan perdagangan
  • Anwar mengenang kembali peranan Malaysia dalam membantu Timor-Leste mencapai kemerdekaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!