Duta Algeria sebak PBB gagal lindungi Palestin

Duta Algeria ke PBB Amar Bendjama mengangkat gambar kanak-kanak kebuluran di Gaza semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York pada 5 Ogos 2025. Foto AFP
Duta Algeria ke PBB Amar Bendjama mengangkat gambar kanak-kanak kebuluran di Gaza semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York pada 5 Ogos 2025. Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Perwakilan Tetap Algeria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Duta Besar Amar Bendjama, menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza selepas Dewan Keselamatan PBB gagal menghentikan kekejaman genosid Israel.

“Permintaan maaf kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza,” katanya dalam ucapan di Perhimpunan Agung PBB ke-80 yang tular di media sosial, Selasa.

Amar berkata, permohonan itu dibuat kerana Dewan Keselamatan tidak mampu melindungi penduduk Palestin daripada serangan berterusan rejim Zionis.

Beliau turut merincikan jumlah korban sepanjang hampir dua tahun pencerobohan, termasuk lebih 18,000 kanak-kanak, 12,000 wanita, 4,000 warga emas, 1,400 petugas perubatan, 250 wartawan dan 500 pekerja bantuan yang dibunuh Israel.

“Kami, rakyat Algeria, mendengarmu, saudari-saudara Palestin. Maafkan kami kerana dewan ini tidak dapat menyelamatkan anak-anakmu, lebih 18,000 daripadanya telah dibunuh Israel,” katanya penuh emosi.

Amar menegaskan Algeria mahupun PBB tidak berdaya kerana Israel kebal bukan sahaja daripada undang-undang antarabangsa, malah dilindungi sistem antarabangsa yang berat sebelah.

Dalam sidang itu, Amerika Syarikat sekali lagi memveto resolusi yang mendesak gencatan senjata segera di Gaza.

“Dewan Keselamatan ini tidak membantu anda. Mengapa? Kerana Israel dilindungi, kebal undang-undang dan sistem antarabangsa,” tegasnya.

Beliau menambah, Israel terus membunuh penduduk Palestin setiap hari, manakala Dewan Keselamatan sudah dua kali gagal menghentikan genosid dan kini berdepan kegagalan kali ketiga.

Artikel Berkaitan:

“Palestin adalah milik rakyat Palestin, dan bagi kami di Algeria, kami tidak akan pernah meninggalkan mereka,” katanya mengakhiri ucapan. - Agensi

Ringkasan AI

  • Duta Besar Algeria ke PBB, Amar Bendjama, menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Palestin kerana kegagalan PBB menghentikan kekejaman Israel
  • Permohonan maaf dibuat atas ketidakmampuan melindungi penduduk Palestin dari serangan Israel
  • Dijelaskan jumlah korban akibat serangan Israel termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas, petugas perubatan, wartawan dan pekerja bantuan
  • Amar menegaskan kekebalan Israel dari undang-undang antarabangsa dan perlindungan sistem antarabangsa yang berat sebelah
  • Amerika Syarikat memveto resolusi yang mendesak gencatan senjata segera di Gaza, dengan Algeria menegaskan sokongan terus kepada Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!