Bumbung tercabut: Penduduk PPR Seri Cempaka terjejas terima bantuan awal

Dr Zaliha (empat dari kanan) menyerahkan sumbang tunai RM1,000 kepada salah seorang penerima yang terjejas akibat kejadian bumbung tercabut di PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Dr Zaliha (empat dari kanan) menyerahkan sumbang tunai RM1,000 kepada salah seorang penerima yang terjejas akibat kejadian bumbung tercabut di PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa turun padang meninjau keadaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Pantai Dalam yang terjejas akibat kejadian bumbung tercabut Isnin lalu.

Beliau turut diiringi Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin semasa lawatan berkenaan.

Dalam kejadian itu, sembilan unit kediaman dilaporkan rosak dengan lima daripadanya mengalami kerosakan serius manakala selebihnya hanya kerosakan kecil.

Sebagai langkah segera, empat keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Komuniti Lembah Pantai.

Kesemua lima keluarga yang rumahnya terjejas teruk menerima sumbangan tunai RM1,000 dan ditawarkan penempatan di Rumah Transit DBKL.

Menurut DBKL, bagi kediaman yang mengalami kerosakan kecil pula, pihak berkuasa tempatan itu akan membantu dengan kerja-kerja pembaikan segera.

"Selain kediaman, sebanyak 25 kenderaan penduduk turut dilaporkan rosak selepas dihempap serpihan bumbung," menurut DBKL dalam satu kenyataan.

Tambah DBKL, pihaknya bersama Kerajaan Persekutuan akan terus memastikan kebajikan penduduk terjamin dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, meninjau Projek Perumahan Rakyat Seri Cempaka yang terjejas kerana bumbung tercabut
  • Sembilan unit kediaman rosak, lima daripadanya serius dan empat keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara Komuniti Lembah Pantai
  • Lima keluarga dengan kerosakan serius menerima sumbangan RM1,000 dan tawaran penempatan di Rumah Transit DBKL
  • DBKL akan membantu pembaikan untuk kediaman yang mengalami kerosakan kecil
  • 25 kenderaan penduduk juga rosak akibat serpihan bumbung, dan DBKL bersama Kerajaan Persekutuan berjanji menjaga kebajikan penduduk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!